Friday 15 July 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK HAJI ABDUL RAHMAN, TOKAI 2011.

 Sek Keb Haji Abdul Rahman, Tokai telah menganjurkan satu perkhemahan unit beruniform yang diadakan di perkarangan sekolah pada tarikh 7Julai - 9Julai 2011. Semua unit berunifom sekolah yang terdiri daripada murid tahun 4, 5, dan 6 telah melibatkan diri dalam perkhemahan ini, antaranya  Pasukan Pengakap, PBSM, TKRS, Doktor Muda dan Puteri Islam. Semua guru SKHAR telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan perkhemahan yang diadakan.
Peserta sedang mendengar taklimat dari kem komanden.

Kawasan perkhemahan Unit Beruniform Pengakap.


Gajet yang dihasilkan oleh peserta hasil dari tunjuk ajar guru penasihat.


Guru penasihat dan peserta Unit Beruniform TKRS yang telah memenangi anugerah Kawasan Perkhemahan Paling Ceria.








9 comments:

cikgu faiz said...

bestnya tgk khemah budak2 tu...ini baru betul2 berkhemah...tahniah

izmady said...

tapi klau bawak depa berkhemah kat hutan lagi best.. baru la rasa suasana berkhemah.. insyaallah tahun depan..

zaidi samsudin said...

Aktiviti yang dapat membina keperibadian murid dari segi daya tahan dan kepimpinan.Bukan semua murid berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti ini dan tidak semua guru yang berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti ini.Tahniah kepada sekolah dan guru yang terlibat.

MUHAMAD SOBRI B ABDUL RAHIM said...

dah siap berkhemah tu...sekolah aku ni x tau la bila... :)

robishahdin said...

aktiviti yang menarik dan banyak memberikan faedah kepada murid.

upinipin said...

akt berkhemah menguji daya ketahanan fizikal dan mental.tahniah cikgu2.

Unknown said...

seronoknya berkhemah membuatkan murid-murid berasa seronok serta dapat membuatkan murid-murid berdikari

mahya 210276 said...

Program perkhemahan merupakan aktiviti yang ditunggu2 oleh murid.Mereka cukup suka...

A'zura s210202 said...

Aktiviti yang sangat menarik dan amat memerluka kerjasama daripada semua pihak, maklum melibatkan ramai murid dan program tu pulak sudah tentu banyak hari.

Post a Comment